Ketua jurulatih skuad bola sepak orang pekak negara, Haris Lajid, mengakui anak buahnya gentar dengan kelebihan fizikal yang dimiliki pemain Amerika Syarikat (AS).
Perasaan gentar itu mengakibatkan skuad negara tewas tipis 2-3 kepada AS dalam aksi pertama Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia di Cheras semalam.
Skuad negara ketinggalan 0-3 selepas separuh masa tetapi kata-kata semangat yang disuntik Haris dalam bilik persalinan menyaksikan Deaf Tigers meraih dua jaringan dalam separuh masa berikutnya.
Haris berkata kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman: "Yang pertama, saya rasa mereka berasa gugup.
"Yang kedua, mungkin pemain AS pandai bermain secara fizikal. Setiap kali pemain kita mendapat bola, mereka akan melakukan terjahan.
"Ia mungkin membuatkan pemain kita berasa sedikit takut.
"Menjelang separuh masa kedua, saya memberikan semangat agar mereka dapat mempamerkan permainan sebenar dan dapat melawan.
"Dan anda dapat lihat permainan berbeza dalam babak kedua kerana mereka sudah memberikan 100 peratus dan tidak takut," katanya.