Jurulatih bola sepak pekak kebangsaan, Haris Lajid, percaya skuad Deaf Tigers berupaya menyerlah dalam Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia Edisi Ke-4 yang bermula 23 September ini.
Walaupun China dan Mesir menarik diri, ia tidak menjejaskan bahang kejohanan yang bakal menampilkan 19 pasukan lelaki dan lima pasukan wanita berentap di sekitar Lembah Klang.
Justeru, undian semula akan diadakan pada pada 18 September ini.
"Kami mengharapkan tuah undian. Sebenarnya tidak banyak maklumat mengenai bola sepak orang buta ini.
"Jadi saya peroleh maklumat menerusi Youtube selain pengalaman ketika menyertai Sukan Olimpik Orang Pekak bertemu Iran, Iraq dan Thailand.
"Bagi saya kelebihan mereka hanya daripada segi fizikal," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Haris turut ditemani pemain tengah, Dojnester Francis, berkata anak buahnya tiada masalah untuk menuruti segala arahannya ketika perlawanan berlangsung.
"Saya juga ada belajar bahasa isyarat tapi saya mahu mereka sentiasa melihat saya di tepi padang untuk dapatkan arahan.
"Setiap latihan saya perincikan jadi setiap tanda yang saya buat mereka faham.
"Contohnya kalau hilang bola, saya tunjuk isyarat beri tekanan jadi mereka pun ikut," katanya lagi.
Dojnester yang menjadikan Lionel Messi dan Andres Iniesta sebagai idolanya berkata: Saya inginkan membanggakan orang Kiulu, Sabah.
"Saya harap rakyat Malaysia dapat memberi sokong kami."