Indonesia mula mengimpikan Kejohanan AFF B-22 tahun ketika lawan mereka di final, Thailand mengambil pendekatan berwaspada.
Dua pasukan terbaik dalam saingan ini bakal menjadi pemenang pertama yang menjulang Piala LG selepas mengharungi empat perlawanan.
Indonesia masih belum merasai kekalahan dalam kejohanan ini sejak peringkat kumpulan begitu juga Thailand yang masih gagal dibolosi lawan.
Bagi Indonesia, selepas mengharungi kumpulan maut membabitkan Malaysia, Myanmar dan Kemboja, mereka mengetahui kejuaraan bukan sesuatu yang mustahil.
"Sasaran pertama melepasi peringkat kumpulan. Sasaran kedua adalah melangkah ke final dan yang ketiga adalah menjuarai kejohanan ini," kata ketua jurulatih skuad B-22 Indonesia.
Sementara kegusaran ke atas tahap kecergasan pemain menjadi faktor mengapa mereka enggan ghairah menjelang aksi final.
Thailand layak ke final selepas mengunggulli penentuan penalti 5-3 menentang Kemboja sementara Indonesia hasil kemenangan 1-0 ke atas Vietnam.
"Kami telah berusaha untuk mencapai tahap ini. Sukar untuk bermain selama 120 minit dan lawan kami, Kemboja telah bermain dengan cemerlang," kata jurulatih skuad B-22 Thailand, Alexandre Lima.