Skip to main content

Bola Sepak

Kehidupan perlu diteruskan, Alisson tawar sokongan moral kepada Karius

loris-karius-cropped_1fqu6yasxw5xy159v96i015t2y.jpg
Penjaga gol Roma, Alisson, menasihati penjaga gol Liverpool, Loris Karius, agar memandang ke hadapan dan cuba mengatasi kekecewaan di atas kesilapan mahal dalam final Liga Juara-Juara Eropah.

Karius melakukan dua kesilapan yang tidak dapat dijelaskan apabila The Reds tewas 3-1 kepada Real Madrid di Kiev, Ahad lalu, dengan membuatkan penjaga gol Jerman itu begitu kecewa selepas wisel penamat di Stadium Olimpik NSC.

Kata-kata memberangsangkan daripada Alisson mungkin menenangkan sedikit Kariu, walaupun pemain antarabangsa Brazil itu disebut-sebut menjadi sasaran kelab Merseyside itu pada musim yang baru berakhir ini.

"Saya sangat sedih," kata Alisson kepada Gazeta Esportiva ketika diminta mengulas mengenai kesilapan itu.

"Kami sebagai penjaga gol, ketika kami melihat kesilapan penjaga gol lain, kami berasa seolah-olah mereka adalah kami.

"Sangat menyedihkan melihat perkara itu berlakutetapi dia perlu pandang ke depan. Ia adalah sebahagian daripada bola sepak dan kehidupan mesti diteruskan.

"Dia harus bangga bermain dalam final Liga Juara-Juara. Tentu sahaja ia bukan apa yang diharapkannya tetapi ia adalah sebahagian daripada bola sepak.

"Kita juga tertakluk kepada kesilapan, kita perlu bekerja keras untuk tidak membiarkan ia berlaku kepada kita," tambahnya.

Karius sudah terlepas tempatnya dalam skuad Piala Dunia sementara Jerman sebelum persembahannya di Kiev sementara Alisson sedia memulakan aksi untuk Selecao dalam kejohanan itu di Russia, dengan mendahului Ederson dari Manchester City dan Cassio dari Corinthians.

Advertisement

Must Watch Video