Skip to main content

Bola Sepak

Kehadiran Presiden FIFA ke Malaysia tidak akan ubah apa-apa -- Bekas SU Agung FAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fifa.jpg
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar, menganggap kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, ke Malaysia tidak akan memberi kesan terhadap keputusan rayuan melibatkan isu tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Jelasnya, agenda utama Infantino ke Kuala Lumpur (KL) adalah bagi memenuhi jemputan Sekreteriat Sidang Kemuncak Asia Tenggara (ASEAN) ke-47, sekali gus membincangkan hal pembangunan bola sepak ASEAN secara menyeluruh.

Selain itu, kehadiran individu berpengaruh itu juga bagi merasmikan FIFA Arena di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Kelana Jaya Selangor, esok.

Saifuddin turut percaya bahawa Infantino sesekali tidak akan menggunakan kapasitinya selaku presiden badan induk bola sepak dunia bagi mempengaruhi sebarang keputusan rayuan atau hukuman yang bakal dikenakan ke atas mana-mana ahli gabungannya.

 

"Kedatangannya ke mari berasaskan undangan daripada Kerajaan Malaysia ataupun seketariat ASEAN.

"Kerana, mereka mahu menyatukan ASEAN melalui sukan. Dan, sukan paling popular di rantau ini ialah bola sepak.

"Mungkin ada perbincangan tentang penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas Asia Tenggara, bukan sahaja Malaysia untuk membantu pembangunan bola sepak di sini.

"Kita tidak boleh mengharapkan apa-apa lagi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Advertisement

Must Watch Video