Penolong jurulatih Kedah, Azmi Aziz, menganggap kejayaan mengikat Pahang 2-2 di laman lawan sebagai petanda positif skuad Lang Merah itu mampu bangkit semula selepas sukar mencari rentak permainan akhir-akhir ini.
Walaupun sekadar meraih satu mata dalam Liga Super di Stadium Darulmakmur, Kuantan, malam tadi, ia cukup bernilai buat Kedah yang tidak mahu dilabel sekadar pasukan berpengalaman tetapi sukar mencari mata.
Tegas Azmi, merujuk kepada prestasi pemain semalam, ia ibarat kesedaran daripada pemain sendiri untuk bermain di tahap sepatutnya setelah mereka banyak keciciran mata musim ini.
"Pemain sedar kami perlu bersaing dan memberi tekanan kepada pasukan atas. Kami juga kecewa dengan satu mata hasil kelekaan di hujung permainan," ujarnya.
Dalam dua aksi liga sebelum ini, Kedah seri 3-3 dengan Negeri Sembilan dan terikat 1-1 dengan Terengganu.
Tanpa kelibat Andik Vermansyah dan ketua jurulatih, Muhammad Nidzam Adzha Yusoff, Azmi tidak melihat hal itu sebagai perkara besar yang mampu melemahkan semangat Kedah ketika mereka selesa dilabel sebagai sebuah pasukan yang bersedia dengan sebarang situasi
"Andik tiada atau sesiapa sekali pun, ia bukan isu kerana kami masih ada skuad yang besar dan pemain import yang berkualiti untuk menampung ketiadaannya. Kami selalu bersedia dengan pemain yang ada," katanya lagi.