Jurgen Klopp mendedahkan James Milner mengalami masalah otot dalam kemenangan 1-0 ke atas Everton dalam Piala FA dan menyifatkan kecederaan itu sebagai "tamparan hebat" buat The Reds.
Milner, salah seorang daripada lima pemain senior yang diturunkan dalam kesebelasan utama, terpaksa meninggalkan padang selepas aksinya dalam 'derby' Merseyside itu hanya sempat bertahan sembilan minit yang menyaksikan jaringan tunggal Curtis Jones menjadi pemisah kedua-dua pasukan.
Kecederaan itu mendorong Milner untuk menyertai Naby Keita, Joel Matip, Dejan Lovren, Nathaniel Clyne, Fabinho dan Xherdan Shaqiri di bilik rawatan, sekali gus Klopp hanya mempunyai Andy Robertson untuk mengisi posisi pertahanan kiri.
Pemain yang membuat kemunculan sulung, Yasser Larouci, kemudian masuk untuk menggantikan Milner yang kelihatan memegang pahanya.
Pengurus itu lantas memuji pertahanan berusia 19 tahun berkenaan di samping beberapa pemain muda yang lain setelah mempamerkan aksi mengagumkan ketika berdepan Everton yang berpengalaman.
Klopp memberitahu BBC Sport: "Millie terpaksa dikeluarkan dan ia yang merupakan tamparan hebat buat kami dan saya harus katakan bahawa ia tidak kelihatan begitu baik, ia membabitkan kecederaan otot.
"Begitupun, Yasser dimasukkan dan boleh memainkan peranannya.
"Ia adalah satu perlawanan yang luar biasa dan seorang 'Scouser' (anak watan Merseyside) menjadi pemutus yang hebat kepada perlawanan ini. Saya tidak boleh mengharapkan lebih banyak lagi.
"Ia satu malam yang sangat indah selain kejadian yang menimpa Millie. Pada awalnya saya tidak merancang untuk mempertaruhkan Millie.
"Pelan awalnya membabitkan Naby tetapi kemudian Millie terpaksa beraksi dan hari ini, dia terus beraksi dan kini (kecederaan) pula berlaku tetapi kami tidak boleh mengubahnya."
Nat Phillips dan Takumi Minamino turut membuat kemunculan pertama bersama Liverpool dalam barisan pemain yang turut menyenaraikan Neco Williams, Pedro Chirivella, Harvey Elliott dan Jones -- seorang lagi pemain bawah 23 tahun.
Klopp berasakan prestasi dan keputusan itu menguatkan lagi hujahnya untuk tidak meminjamkan mana-mana pemainnya serta memuji keazaman mereka kerana memberi saingan bagi merebut tempat.
"Anda tidak boleh beraksi seperti pemain-pemain muda ini jika anda fikir tidak layak untuk beraksi dalam pasukan ini," katanya.
"Mereka perlu berfikir bahawa mereka sudah bersedia.
"Tiada seorang pun dalam kalangan pemain muda ini berasa senang jika dihantar kembali ke skuad B-23 tetapi jika mereka dipinjamkan ke kelab lain yang mungkin menawarkan masa permainan yang lebih banyak.
"Sudah pasti mereka tidak akan berada di sini pada malam ini dan kami juga sebenarnya tidak mempunyai pasukan untuk dibentuk.
"Jelas sekali mereka sudah cukup bagus. Apa yang mereka perlu buktikan ialah menghormati prinsip kami. Corak serangan balas bukan sekadar satu pendekatan tetapi ia satu undang-undang yang perlu dipatuhi. Mereka beraksi dengan berani.
"Ia satu persembahan yang luar biasa, bukan sahaja oleh pemain muda, malah pemain dewasa juga."
Editor: Shaiful Shamsudin