Calum Chambers bakal tersisih selama enam hingga sembilan bulan selepas dilanda masalah ligamen di lutut kirinya, demikian menurut Arsenal.
Chambers, yang dipinjamkan ke Fulham sepanjang musim lalu, ditimpa kecederaan berkenaan dalam babak kedua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea, Ahad lalu.
Pertahanan berusia 24 tahun itu akan terpinggir untuk kempen sepanjang 2019-20 susulan pembedahan yang dijalaninya di London semalam dan perlu mengharungi tempoh pemulihan yang panjang.
"Semua orang di kelab ini akan membantu Calum untuk memastikan dia dapat kembali ke padang dengan secepat mungkin," kata satu kenyataan kelab.
Chambers telah membuat 14 penampilan bersama The Gunners musim ini apabila mengisi barisan pertahanan yang mengalami krisis kecederaan, termasuk bek kanan, Hector Bellerin.
Kelab London itu juga mengesahkan pemain Scotland, Kieran Tierney, perlu berehat selama tiga bulan berikutan pembedahan bahu susulan kecederaan dialaminya ketika menentang West Ham pada 9 Disember lalu.
Pengurus baru The Gunners, Mikel Arteta, dalam sidang akhbar malam tadi mengakui mungkin terpaksa memasuki pasaran perpindahan untuk menangani kehilangan Chambers itu.
"Kami akan berada di pasaran pemain untuk melihat pilihan yang boleh mengukuhkan pasukan ini. Itu sudah pasti, itulah kewajipan kami, kami akan berusaha untuk melakukannya," katanya.
"Sudah tentu, kami mengalami tamparan hebat ekoran nasib yang menimpa Calum. Ia akan mengubah perancangan kami di bahagian pertahanan tetapi realitinya pada masa ini, tidak banyak yang kami boleh lakukan.
"Pada masa ini, saya lebih memikirkan untuk menyambut kembali pemain yang tercedera daripada membawa masuk pemain baru sambil cuba memperbaiki pemain yang ada di sini, pastikan semua pemain faham mengenai apa yang kami cuba lakukan.
"Jika ada sesuatu yang lebih baik dan kami fikir ia peluang yang tepat, maka kami akan melakukannya."
Arteta juga mungkin kehilangan Bellerin di samping penggempur berbakat, Gabriel Martinelli, untuk menghadapi Leeds United dalam pertembungan Piala FA apabila kedua-dua pemain tersebut bergelut dengan masalah ketegangan hamstring.
Editor: Shaiful Shamsudin