Zinedine Zidane berkata perbincangan mengenai masa depan Cristiano Ronaldo di Real Madrid tidak mengganggu pasukannya meraikan gelaran Liga Juara-Juara (UCL) ketiga berturut-turut.
Gareth Bale meledak dua jaringan sebagai pemain gantian ekoran kesilapan penjaga gol, Loris Karius, untuk mengesahkan kemenangan 3-1 ke atas Liverpool di Kiev, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, selepas perlawanan, Ronaldo menguasai tajuk utama apabila memberi petunjuk bahawa dia akan berpindah dari Madrid.
Zidane, bagaimanapun, kecewa terhadap laporan mengenai Ronaldo sedang mencari jalan keluar dari Santiago Bernabeu selepas membantu gergasi LaLiga berkenaan meraih empat mahkota UCL dalam tempoh lima tahun.
"Kami tidak memikirkannya," kata pengurus berbangsa Perancis itu.
"Kami hanya memikirkan tentang apa yang kami lakukan, nanti kita lihat apa yang akan berlaku."
Zidane muncul jurulatih pertama untuk merakam tiga gelaran utama Eropah berturut-turut dan beliau mengalu-alukan usaha pasukannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Kami kehilangan kata-kata. Ini sebuah pasukan yang berbakat dan bekerja keras," kata Zidane.
"Kami mempunyai harapan dan keinginan untuk melakukan perkara yang baik, kami mahu melakukannya sekali lagi.
"Saya telah memberitahu pemain untuk menikmatinya kerana kejayaan ini tidak akan berulang," tambahnya.