Thomas Tuchel berkata pasukannya, Paris Saint-Germain (PSG), tidak berada dalam prestasi terbaik walaupun menang besar ke atas Montpellier dalam saingan Ligue 1 di Parc des Princess, awal pagi tadi.
PSG meraih kemenangan 5-1 ke atas Montpellier dan kemenangan itu meletakkan mereka selesa dengan kelebihan 15 mata di puncak liga.
Angel di Maria menghasilkan gol sepakan percuma gemilang manakala Kylian Mbappe, Layvin Kurzawa dan Christopher Nkunku turut mencatat nama sekalu penjaring selain Hilton yang terjaring bola ke gawang sendiri.
Walaupun mengekalkan rekod kemenangan di ibu kota Perancis itu, ketua jurulatih PSG, Tuchel, masih belum berpuas hati dengan persembahan pasukannya.
"Kami membuka lebih banyak ruang dan menjadikan ia sukar untuk Montpellier memegang bola.
"Ia tentang kesabaran, kualiti dan sedikit bernasib baik.
"Namun, kami menekan mereka dengan baik, menjaringkan dua gol dalam babak pertama dan mencipta banyak peluang.
"Kami agak cuai dalam bertahan. Secara jujurnya, ia bukan aksi terbaik kami.
"Kami tidak cukup agresif dan dan tidak dekat dengan bola.
"Namun, kami amat berbahaya sewaktu menyerang dan layak menang besar," katanya.
Sementara itu, pengendali Montpellier, Michel Der Zakarian, menambah: "Apabila kami tidak menyelesaikan tugasan, mereka menghukum kami.
"Mereka mempunyai pemain berbakat dan kami sepatutnya mengemudi perlawanan.
"Kami bukan lawan setara untuk PSG, namun ia amat menyakitkan untuk bolos lima kali," katanya.