Skip to main content

Bola Sepak

Kami perlu fikirkan kemenangan -- Zidane

zinedine-zidanesmilecropped_1kn1k3q483ukr1dsv7xbt29rg8.jpg
Zinedine Zidane menjangkakan Bayern Munich akan memberikan "prestasi hebat" apabila mereka cuba untuk menterbalikkan defisit perlawanan pertama dan mara ke final Liga Juara-Juara.

Juara bertahan, Real Madrid, yang berusaha untuk menjuarai kejohanan itu buat tahun ketiga berturut-turut, adalah pasukan kegemaran untuk menempah tempat ke perlawanan akhir di Kiev selepas meraih kemenangan 2-1 di Jerman minggu lalu.

Bagaimanapun, Zidane dan Madrid mempunyai pengalaman yang sama, iaitu membawa keputusan yang sama untuk ke aksi timbal balik suku akhir pada musim lalu.

Gergasi Bundesliga itu memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan selepas turut meraih kemenangan 2-1 di Sepanyol tetapi akhirnya kalah agregat 4-2.

"Kami tahu mereka akan datang ke sini dan membuat persembahan yang hebat," kata Zidane dalam sidang media menjelang pertembungan itu di Santiago Bernabeu, awal pagi esok.

"Mereka adalah kelab besar dan pasukan yang hebat. Kami tahu apa yang dijangkakan -- itulah sebabnya kami perlu bersedia dengan baik dan meletakkan diri kami dalam prestasi yang baik.

"Jika kami dapat mengatasinya, kami boleh mencapai perkara besar. Tetapi saya tidak ragu-ragu Bayern akan datang ke sini memberikan prestasi hebat.

"Kunci untuk kami -- dan apa yang perlu kami lakukan -- ialah fikirkan kemenangan. Kami perlu keluar untuk menjaringkan gol dengan pantas dan itulah yang akan kami lakukan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video