Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menggunakan logo pasukan itu tanpa kebenaran.
Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman, berkata logo tersebut adalah hak milik persatuan dan telah didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
"Kami mengesan ada beberapa pihak yang masih menggunakan logo pasukan Kelantan untuk mengaut keuntungan menerusi aktiviti penjualan jersi.
"Setakat ini, hanya syarikat pengeluar pakaian berjenama PUC Sport boleh menggunakan logo Kelantan kerana mereka adalah penaja utama pakaian rasmi The Red Warriors (TRW) untuk musim 2020 selepas menjadi rakan strategik musim lepas," katanya.
Husin juga merayu mana-mana individu atau syarikat yang terlibat dalam kegiatan menggunakan logo Kelantan supaya menghentikan segera tindakan itu.
"KAFA akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Kepenggunaan (KPDNHEP) Kelantan dalam memantau perkara tersebut," tambahnya lagi.
Sementara itu, Pengarah Urusan PUC Sport, Mohd Shukry Pauzi, menyambut baik usaha yang dilakukan KAFA demi kepentingan bersama.
"Kami juga akan membentuk pasukan bersama KPDNHEP dalam memantau aktiviti penyalagunaan logo Kelantan.
"Ia langkah tepat kerana kami telah diberikan hak untuk menggunakan logo pasukan TRW sebagai penaja utama jersi rasmi musim ini," katanya.
Editor: Ammar Hakim