Juventus tidak berminat untuk menandatangani Gianluigi Donnarumma sebagai pengganti Gianluigi Buffon, kata ketua eksekutif kelab, Giuseppe Marotta.
Bintang muda AC Milan itu dikaitkan bakal menyertai juara Serie A itu dan juga Real Madrid, dengan Buffon dijangka mengumumkan persaraannya pada penghujung musim ini.
Bagaimanapun, Marotta mendakwa pemain berusia 19 tahun itu yang mempamerkan kesilapan ketika Milan tewas dalam aksi final Coppa Italia kepada Juve minggu lalu, bukan lagi sasaran gergasi Turin itu, yang meletakkan kepercayaan kepada Wojciech Szczesny.
"Kami memberikan tumpuan kepada Szczesny, yang bakal menggantikan tempat Buffon. Di sebalik bakat yang dimiliki Donnarumma, kami tidak berminat," kata Marotta.
Penjaga gol Genoa, Mattia Perin, dilihat sebagai penambahan buat Juve walaupun masih tidak ada perbincangan yang serius dijalankan.
"Enrico Preziosi merupakan seorang presiden yang berkemahiran. Saya mampu menghasilkan persaingan dalam kalangan kami, Napoli dan pasukan-pasukan lain.
"Perin adalah penjaga gol yang baik tetapi kami masih tidak membuat sebarang pertanyaan tetapi sekadar menilai prestasinya ketika beraksi.
"Kami mahu memiliki dua penjaga gol yang baik kerana komitmen yang dilalui pasukan memerlukan barisan pemain yang berkualiti.
Buffon dijangka mengucapkan selamat tinggal kepada Juve dalam aksi terakhir Serie A berdepan Verona di Stadium Allianz pada Sabtu ini.
"Dia akan meninggalkan sesuatu yang indah dan sangat bernilai kepada bola sepak.
"Dia seorang pemimpin di atas padang. Dalam beberapa lagi hari, Buffon akan bertemu presiden, Andrea Agnelli, untuk menilai masa depannya," ujarnya.