Ketua Pegawai Eksekutif Juventus, Fabio Paratici, menegaskan skuad The Old Lady itu tidak akan mengizinkan Adrien Rabiot atau Emre Can meninggalkan pasukan dalam jendela perpindahan bulan ini.
Rabiot -- yang ditandatangani Juve daripada Paris Saint-Germain (PSG) secara percuma musim panas lalu -- dan Can bergelut untuk mengesahkan tempat dalam skuad utama Juventus di bawah kendalian Maurizio Sarri musim ini.
Rabiot telah meraih 10 penampilan Serie A sambil Can -- yang diketepikan daripada skuad Liga Juara-Juara Eropah -- telah beraksi tujuh kali dalam saingan liga domestik, sekali gus menyebabkan kedua-dua pemain itu dikaitkan dengan jalan keluar dari Turin.
Namun, Paratici yakin tiada pemain yang akan meninggalkan pasukan itu dalam bulan ini walaupun mengesahkan ada kelab yang berminat.
"Saya boleh nafikan Can akan berpindah dan jelas sekali dia akan kekal bersama kami," katanya.
"Di peringkat antarabangsa, dia merupakan salah seorang pemain yang menjadi buruan banyak pasukan tetapi saya fikir dia mampu memainkan peranan penting dalam projek kami.
"Rabiot tiba di sini selepas tidak beraksi selama lapan bulan. Satu kebiasaan di tahap fizikal untuk dia menyesuaikan diri. Dia dibayar untuk itu tetapi menjalankan tugas dengan baik apabila diturunkan.
"Kami yakin dia seorang pemain penting buat Juve, tiada keraguan. Kami mempunyai skuad yang penting berserta persaingan yang sengit dalam merebut tempat dan itu cara sepatutnya di peringkat ini."
Juve telah mengesahkan kehadiran nama baru yang pertama untuk musim depan selepas bersetuju dengan perjanjian melibatkan pemain tengah Atalanta, Dejan Kulusevski, yang kini dipinjamkan kepada Parma musim ini.
Melihat harga EUR35 juta (RM160 juta) yang dibayar, Paratici percaya Juve meraih keuntungan.
"Kami mahu membawanya terus menyertai Juve tetapi terdapat perjanjian sejak permulaan perbincangan," tambah Paratici.
"Kami gembira apabila dia kekal di Parma. Dia pemain penting buat Juve di masa depan dan kami gembira dengan perjanjian ini."
Editor: Nafis Abdullah