Skip to main content

Bola Sepak

Jurgen Klopp tuntut penjelasan peraturan buang masa

jurgen-klopp.jpg
Jurgen Klopp menuntut perincian mengenai kesalahan yang dianggap membuang masa selepas Trent Alexander-Arnold dilayangkan kad kuning gara-gara mengambil masa terlalu lama untuk melakukan lontaran ke dalam ketika Liverpool seri tanpa jaringan dengan Chelsea, semalam. 

Musim ini pengelola Liga Perdana Inggeris (EPL) memperkenalkan langkah-langkah untuk mencuba dan mengekalkan bola dalam permainan, lantas menyaksikan peningkatan ketara dalam aspek masa tambahan ketika aksi pembukaan hujung minggu lalu. 

Langkah itu diharap dapat menghalang pemain daripada melengah-lengahkan permainan. 

Namun, Klopp percaya kad kuning yang dilayangkan ke atas Alexander-Arnold pada minit ke-67 di Stamford Bridge ketika di kedudukan 1-1 adalah tidak adil memandangkan pertahanan itu sedang mencari rakan-rakan untuk membaling bola.

"Saya fikir pastinya musim lalu beberapa pasukan telah menggunakan kesempatan ini," katanya. 

“Dan kami bukan salah satu daripada pasukan itu, kami tidak pernah melakukannya. Saya tahu kami akan mendapat kad kuning -- mungkin kesalahan pertama yang membabitkan berlengah ketika balingan ke dalam.

 

“Apabila Trent mencari rakan sepasukan, ini adalah satu taktikal, dia tidak boleh mengambil bola dan membalingnya begitu sahaja. 

“Mungkin kami perlukan penjelasan tetapi selain daripada itu saya fikir terlalu banyak pasukan yang melakukannya dan melakukannya terlalu jelas, itulah sebabnya semua orang mahu menonton lebih banyak aksi. 

“Pada hari ini saya tidak tahu tempoh yang tepat untuk balingan ke tetapi begitulah situasinya ketika ini. 

"Ia bukan satu masalah bagi saya terhadap tambahan masa dalam babak pertama yang berlangsung selama enam minit kerana membabitkan keputusan VAR (video bantuan pengadil) dan separuh masa kedua pula lima minit.

"Ia jumlah yang banyak tetapi kita cuba menyusunnya seperti itu. Saya tidak pasti ia akan kekal selama-lamanya tetapi pada masa ini, begitulah keadaannya dan kami perlu menanganinya.”

Advertisement

Must Watch Video