Pemilik Manchester United, Jim Ratcliffe, mengakui bahawa beberapa pemain mereka 'tidak cukup bagus' dan 'dibayar terlalu tinggi', serta menegaskan bahawa Ruben Amorim sedang melakukan kerja yang luar biasa di Old Trafford.
The Red Devils kini berada di tangga ke-14 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), ketinggalan 15 mata di belakang Chelsea yang menghuni tempat keempat, selepas kempen yang mengecewakan musim ini.
Amorim mengambil alih tugas daripada Erik ten Hag pada November lalu.
United masih berpeluang untuk layak ke Liga Juara-Juara (EUFA) musim depan, namun mereka perlu menjuarai Liga Europa, dengan perlawanan timbal balik pusingan 16 menentang Real Sociedad bakal berlangsung pada Khamis ini.
Kelab itu telah berbelanja besar dalam beberapa musim kebelakangan ini, namun beberapa pemain seperti Antony dan Jadon Sancho—yang masing-masing dibeli dengan harga RM465.1 juta dan RM416.2 juta, kini dipinjamkan selepas gagal menyerlah di Old Trafford.
Bekas bintang Real Madrid, Casemiro, tiba dengan harga RM399.1 juta pada 2022, sementara Rasmus Hojlund (RM410.5 juta) dan Andre Onana (RM269.1 juta) menyertai skuad pada tahun berikutnya.
Kelima-lima pemain ini telah menerima kritikan sepanjang tempoh mereka bersama United, dan Ratcliffe sendiri menyebut nama mereka dalam temu bual bersama BBC Sport.
"Jika kita lihat pemain yang kami tidak beli, tetapi kami membeli Antony, kami membeli Casemiro, kami membeli Onana, kami membeli Hojlund, kami membeli Sancho," katanya.
"Ini semua adalah keputusan masa lalu, sama ada kita suka atau tidak, kita mewarisi perkara ini dan perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya.
"Ia mengambil masa untuk kami bergerak dari masa lalu ke arah masa depan yang lebih baik.
"Ada yang tidak cukup bagus dan ada yang mungkin dibayar terlalu tinggi, tetapi untuk membentuk skuad yang benar-benar menjadi tanggungjawab dan amanah kami, ia akan mengambil masa.
"Ini adalah tempoh transformasi di mana kami berusaha untuk beralih daripada warisan lama kepada era baru yang lebih berjaya," katanya lagi.