Sesebuah pasukan di peringkat antarabangsa dapat memanfaatkan peluang tersebut apabila memiliki pemain yang mempunyai dua kewarganegaraan berbeza menurut keturunan keluarga masing-masing selain berhak memutuskan negara mana yang ingin diwakili.
"Saya juga ingin berkongsi pengalaman saya apabila anak saya kini sedang bermain bersama skuad muda Amerika Syarikat (AS), namun belum menembusi skuad utama.
"Jadi secara teori, sekiranya dia memperaga persembahan memukau, dia mampu berhijrah mewakili Jerman kelak," jelasnya kepada Goal Indonesia.
Secara kasarnya, pengendali berusia 60 tahun itu berkongi setiap pasukan boleh menggunakan kelebihan tersebut untuk merekrut pemain tertentu untuk memperkuat negara masing-masing.
? "Naturalisasi adalah hal yang normal"
— GOAL Indonesia (@GOAL_ID) September 28, 2024
Legenda Jerman, Jurgen Klinsmann berbicara mengenai naturalisasi yang ada di tubuh timnas Indonesia ??
Silakan disimak ? pic.twitter.com/EjQHCER0CD
Tambahnya, pemain yang sedang berkelana di luar negara bakal dijadikan sasaran lebih-lebih lagi jika memounyai tali perhubungan dengan dua kerakyatan.
"Apabila bakat tersebut sedang dikesan dan diakui sedang menempa nama di sana, sudah tentu anda ingin dia bermain untuk negara anda, namun pada akhirnya pilihan tetap terletak di tangan pemain dan keluarganya.
"Tetapi secara keseluruhan, ia adalah program bermanfaat buat semua negara.
Klinsmann mengambil pendekatan positif apabila inisiatif tersebut mampu membantu pasukan berhadapan dengan skuad yang lebih hebat kerana sudah mengandungi kelebihan yang setara.
"Saya berharap jika mereka memilih Indonesia, semoga itu memberikan tambahan kualiti jangka masa panjang buat anda," ulasnya.