MAN CITY 2 EVERTON 1
Pep Guardiola memuji Gabriel Jesus selepas dua jaringannya ketika mengatasi Everton 2-1, namun turut melabel Sergio Aguero "tidak boleh ditukar ganti" di Manchester City.
Dua gol pantas Jesus dalam separuh masa pertama awal pagi tadi sudah memadai untuk meraih mata penuh ketika berdepan The Toffees, yang bangkit mengurangkan defisit jaringan menerusi Richarlison yang menggunakan peluang di sebalik kesilapan Claudio Bravo.
Aguero pula, yang memahat penampilan semulanya daripada kecederaan dengan jaringan kemenangan ketika mengatasi Sheffield United 2-0, Ahad lalu, kekal di bangku simpanan sehingga tamat permainan.
Pemain kebangsaan Brazil, Jesus, kini telah menjaringkan 13 gol dalam semua pertandingan musim ini tetapi Guardiola menegaskan Aguero tetap pilihan utamanya.
"Jesus tampil cemerlang tetapi Aguero tidak boleh ditukar ganti," kata Guardiola.
"Dia pemain yang sangat berpengaruh kepada barisan penyokong, jaringannya ketika berdepan QPR (pada 2012), kami memerlukan sokongan yang baik untuk semua pemain dan kehadiran Jesus amat penting buat Aguero.
"Mereka memiliki hubungan yang baik."
Selepas tamat permainan, Jesus memberitahu BT Sport masih banyak lagi perkara yang mahu dipelajarinya daripada Aguero.
"Sememangnya ia adalah permulaan terbaik tahun baru dengan kemenangan," katanya. "Pasukan bermain dengan cemerlang sekali. Saya sangat gembira kerana berjaya meledak dua gol.
"Saya seorang penyerang dan akan sentiasa cuba menjaringkan gol pada setiap masa. City memiliki Aguero, pemain yang menjaringkan gol dalam setiap perlawanan. Saya perlu belajar dengannya."
Editor: Ammar Hakim