Pengendali Sabah, Jelius Ating, kecewa kerana anak buahnya gagal beraksi di tahap sebenar ketika mereka tewas 3-1 kepada PKNP FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam kelmarin.
"Saya sangat-sangat tidak berpuas hati dengan permainan pasukan malam tadi (kelmarin). Ia bukan permainan sebenar kami...pasukan bermain di bawah tahap sebenar mereka," katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu, semalam.
Tambah beliau, ramai pemain bermain di bawah tahap sebenar juga menjadi persoalan baginya.
"Kami banyak kehilangan bola dan tidak agresif untuk mendapatkan semula bola seperti biasa dan ini memberi ruang kepada pasukan lawan menguasai permainan.
"Saya tidak menafikan PKNP memang bermain dengan sangat baik tetapi kami sendiri juga membenarkannya apabila tidak memberi tentangan sengit.
"Mereka (PKNP FC) dapat bermain bagus kerana kami tidak bermain bagus."
Jelius berkata pemain perlu ada kesungguhan dan memiliki sifat dahagakan kemenangan dalam setiap perlawanan.
"Kami sedang berusaha menjadikan pasukan ini mantap tetapi pasukan ini tidak akan berubah jika pemain sendiri tidak mahu berubah.
"Kami perlukan pemain yang ada kemahuan tinggi bermain, ada kesungguhan dan dahagakan kemenangan dalam setiap perlawanan.
"Kami sudah terlalu lama dengan hanya berjuang mengekalkan kedudukan dalam Liga Perdana dan kadang-kadang bergelut di zon penyingkiran...inilah yang cuba kami ubah."
Bekas pemain itu berkata beliau akan menggunakan segala ilmu yang ada, termasuk pengalaman sebagai pemain, untuk membawa perubahan kepada Sang Badak.
"Mungkin sudah tiada apa-apa lagi yang dikejar musim ini tetapi kami harus bermula dari sekarang sekiranya mahu memasang impian logik untuk musim depan dan bukannya bermula dari bawah pada setiap musim," katanya lagi.
Sehubungan itu, Jelius berharap kekalahan itu memberi kesedaran kepada pemain dan mereka dapat memberi tindak balas positif dalam baki tujuh perlawanan.
Dalam aksi kelmarin, PKNP FC menewaskan Sabah 3-1 di Stadium Likas menerusi jaringan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, Ritus Krajauklis dan Ahmad Sukri Ab Hamid manakala gol tuan rumah dijaringkan pemain gantian, Rahman Shah Marajeh.