Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah besar mengetepikan cabaran Selangor 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi bagi terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super mengatasi pencabar terdekat, Pahang, dengan kelebihan empat mata.
Keadaan cuaca yang baik memastikan aksi kedua-dua pasukan berlangsung dengan baik selepas perlawanan tertangguh 24 jam daripada tempoh sepatutnya disebabkan hujan lebat kelmarin.
JDT mengorak langkah dalam perlawanan ini apabila meraih peluang menerusi Safawi Rasid pada minit ke-12, namun percubaannya sedikit tersasar sebelum sepakan percuma diambilnya tujuh minit kemudian, tepat ke arah penjaga gol.
Perlawanan berubah arah pada pertengahan separuh masa pertama sebaik Selangor mampu melancarkan dua percubaan berbahaya ke arah gawang JDT.
Penjaga gol Harimau Selatan, Farizal Marlias, cemerlang menafikan sepakan percuma Rufino Segovia pada minit ke-30 dan enam minit kemudian, dia sekali lagi menghampakan Rufino melalui terpaan pantas dalam situasi satu lawan satu.
JDT mengamalkan rentak berbeza dalam babak kedua dan jaringan berjaya dihasilkan pada minit ke-62 menerusi gerakan licik Gonzalo Cabrera yang memperdayakan Willian Pacheco untuk disempurnakan Ahmad Hazwan Bakri.
Tujuh minit kemudian, giliran Nazmi Faiz Mansor pula mencatat nama dalam senarai penjaring JDT selepas pantas menerpa terhadap bola hantaran Safawi, juga dari sebelah kanan kawasan Selangor.
Dua jaringan itu memadai buat JDT ketika Selangor gagal melancarkan sebarang percubaan berbahaya dalam separuh masa kedua.
"Kami bermain dengan baik dan menjaringkan gol dalam perlawanan bagi meraih kemenangan," kata pengendali JDT, Raul Longhi.
"Selangor telah berusaha untuk bertahan berdepan JDT tetapi kesilapan yang dilakukan telah meghukum kami," kata jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir, pula.
Imej: Asiana