Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) tampak menyerlahkan potensi untuk kekal mendominasi kancah Liga Malaysia menerusi penambahbaikan dalam aspek kekuatan berpasukan.
Ini apabila skuad yang dibimbing jurulatih baru Esteban Scolari itu kembali diperkuatkan penyerang dari Brazil, Diogo Luis Santo.
Membentuk kombinasi bersama Bergson Da Silva, Fernando Forestieri dan Arif Aiman Hanapi, gandingan empat serangkai itu dijangka 'meletup' musim ini.
"Kehadiran Diogo meningkatkan lagi kualiti jentera serangan JDT. Mereka sudah mendominasi sebelum ini dan saya pasti kehadiran pemain baru ini akan menjadi kelebihan buat juara bertahan itu," kata pemerhati bola sepak negara, Fauzi Pilus.
JDT yang mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 22 perlawanan merekodkan 61 gol dalam saingan Liga Super musim lalu sekaligus menyerlahkan ketajaman penyudah skuad Harimau Selatan.
Lawan JDT di aksi Piala Sumbangsih 24 Febuari ini, Terengganu FC pula tampak berdepan cabaran untuk meneruskan legasi Nafuzi Zain di bawah bimbingan pengendali baru, Tomislav Steinbruckner.
Ini berdasarkan perbezaan falsafah bola sepak Steinbruckner selain rombakan pemain dalam skuad musim ini.
"Sebagai jurulatih baru, saya tidak boleh melakukan perkara yang sama seperti Nafuzi Zain. Saya akan cuba melakukan yang terbaik walaupun tanpa beberapa tonggak utama pasukan," katanya.
"Ia adalah satu cabaran buat staf kejurulatihan namun ia adalah sesuatu yang sudah biasa kami hadapi."