Penyakit kanser seringkali diklasifikasikan sebagai pengakhiran hidup buat penghidapnya, tetapi siapa tahu bola sepak menjadi pemangkin semangat buat seorang penyokong bola sepak biasa bangkit melawan penyakit kronik itu.
Ia bukanlah mengenai semangat untuk hidup, namun semangat untuk berjuang dengan misi yang gagah menjadikan kanser satu permulaan yang baru buat figura Abdul Rahim Abu yang kini telah pulih sepenuhnya daripada kanser limfoma tahap dua.
'Sewaktu Sabah kuat saya ada, waktu Sabah lemah saya ada!' adalah satu ungkapan yang terlalu mahal harganya untuk dibayar buat penyokong yang tidak dapat dihentikan semangat juang dalam memberikan sokongan buat pasukan tersayang, namun itulah susunan kata Rahim.
"Jika mahu melihat perjuangan kehidupan, kita boleh lihat di padang bola. Saya dikelilingi keluarga yang meminati bola sepak. Allahyarham pakcik saya yang akan bawa kami naik van dari kampung ke Kota Kinabalu untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
"Pada September 2024 doktor mengesahkan saya menghidap kanser limfoma tahap dua, tanpa disedari air mata jatuh. Saya kekal positif untuk terima sebarang kemungkinan.
"Saya tidak mahu bagitahu orang tetapi jika berjuang sendirian sebenarnya kita tidak adil kepada keluarga. Sepanjang rawatan saya banyak terlepas seperti pergi stadium, namun ada telefon pintar anak saya untuk saya saksikan perlawanan Sabah.
"Saya dan Sabah sama sahaja, cuma mereka berjuang di atas padang, saya dalam kehidupan. Saya jadikan itu motivasi selagi saya dan Sabah tidak berputus asa, kita akan sama-sama menang dalam perjuangan.
Pada tarikh 24 Mac 2025 menjadi saksi perjuangan seorang ayah, penyokong dan seorang manusia untuk hidup adalah absurd selepas Rahim disahkan bebas kanser menerusi Imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET).
"Alhamdulilah, Isnin lalu saya dijadualkan berjumpa doktor dan mereka menjelaskan mengenai keputusan imbasan PET, doktor maklumkan saya punya sel kanser dalam badan telah mati dan saya boleh hidup dengan kehidupan biasa saya semula.
"Dengan berkat bulan Ramadan dan doa orang ramai dari segi fizikal baik, berat badan juga bertambah cuma kesedaran dalam rutin pemakanan masih diteruskan sehingga hari ini." katanya Ketika dihubungi hari ini.
Sorakan satu lagi suara kecil penyokong bola sepak Sabah diteruskan sehingga ke hari ini.