Skip to main content

Bola Sepak

Jalan baru akan bermula, Buffon ucap selamat tinggal kepada Juventus

gianluigi-buffon_6jtsgb6n0fwh1lettbdkee0ce.jpg
Gianluigi Buffon berkata sudah tiba masanya untuk dia memulakan perjalanan baru apabila penjaga gol veteran itu sedia untuk bermain bersama Juventus buat kali terakhir.

Pemain berusia 40 tahun itu, yang dianggap sebagai salah seorang penjaga gol terbaik, mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan Juve dalam satu sidang akhbar semalam.

Buffon, yang juga bersara daripada tugasan antarabangsa, berkata dia mungkin bermain di luar Serie A, dengan juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), dilaporkan sedia untuk membuat tawaran.

Dan Buffon memberi ucapan perpisahan penuh hormat dan beremosi kepada Juve menjelang aksi menentang Verona malam ini, iaitu perlawanan terakhirnya untuk kelab itu.

"Terima kasih," tulis Buffon dalam Instagram. "Terima kasih kepada semua kerana setiap daripada kamu membantu setiap saat istimewa hidup saya, dalam hitam dan putih. 

"Jersi yang saya pakai, disayangi dan dihormati. Dan saya jaga dan lindungi sedaya yang saya mampu. Esok (malam ini), perjalanan berakhir. Tamatlah buku yang kami tulis bersama-sama.

"Laluan baru akan bermula. Buku baru, ia mesti bermula. Juventus akan kekal mengatasi mana-mana pemain, selalu! Dan mereka akan terus menulis di halaman penting lain dalam buku ini. Juve adalah keluarga saya."

Buffon menamatkan kerjayanya dalam Serie A dengan sembilan gelaran liga dan lima trofi Coppa Italia, selain memenangi pingat juara Piala Dunia 2006.

"Jalan baru tidak dapat dielakkan," kata Buffon. "Buku baru mesti bermula. Bagi saya, saya akan belajar melihat masa depan dengan pandangan yang berbeza."

Advertisement

Must Watch Video