"Apabila kita mahu pasukan yang kita sayang maju, kita perlu bersuara dan menyokong dengan sepenuh hati."
Berikut ungkapan bersemangat penyokong fanatik Sri Pahang, Nasrah Binti Abu, atau turut dikenali sebagai 'Makcik Petir' sebelum ini yang sentiasa menjadi nadi disebalik jatuh dan bangun pasukan Tok Gajah.
Terdahulu dia turut pernah berkongsi bahawa panggilan 'Makcik Petir' itu adalah kerana: "Apabila saya menyaksikan Sri Pahang kelihatan tak bersemangat, saya akan menjerit untuk beri semangat dan jaringkan gol," katanya.
Dia dalam keadaan bersedia untuk turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyokong pasukan kebanggaannya berdepan juara 11 kali Liga Super berturut-turut, Johor Darul Ta'zim di pentas akhir Piala Malaysia 2024/25 malam ini.
"Ini bukan sekadar perlawanan bola sepak. Ini maruah Pahang. Saya akan pastikan pemain rasa kehadiran kami, Kami bukan pergi ke SNBJ saja-saja. Kami bawa doa, harapan dan semangat rakyat Pahang.
"Kalau JDT kuat, Tok Gajah ada taringnya sendiri, Arwah atuk pesan, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Anak-anak saya lahir di Kuantan, saya pun cari rezeki di Kuantan.
"Jadi saya pegang prinsip arwah atuk beri sokongan kepada pasukan di mana saya tinggal." tambahnya kepada Sinar Harian.