Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membidas sikap membisu Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) terhadap permohonan Kelantan bagi mendaftarkan pemain import baharunya, Seydi L'Imam.
Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Noor, mendakwa pihaknya telah melengkapkan segala dokumentasi yang diperlukan badan pengendali Liga Malaysia itu bagi membolehkan penyerang kelahiran Perancis itu didaftarkan segera bagi menggantikan penyerang import yang mengalami kecederaan, Alessandro Padovani Celin.
“KAFA kecewa dengan sikap membisu FMLLP yang gagal memberikan jawapan terhadap rayuan kami untuk mendaftarkan L’Imam dalam skuad The Red Warriors (TRW).
“Pihak kami telah melengkapkan segala dokumentasi yang diperlukan dan surat rayuan telah dihantar kepada mereka (FMLLP) pada 21 Jun lepas,” katanya.
Ismail berharap isu ini dapat diselesaikan segera kerana TRW begitu terdesak untuk mendapatkan seorang penyerang berkualiti bagi menggantikan Celin yang gagal beraksi dengan baik akibat kecederaan berulang.
“Kami membuat keputusan untuk menghantar surat kedua dan menuntut penjelasan FMLLP berhubung status terkini penyerang tersebut.
"Kami juga hendak tahu kenapa surat rayuan yang dihantar tidak dijawab atau adakah rayuan kami dibekukan?,” tambahnya.
Ismail juga menjelaskan tindakan itu perlu disegerakan kerana KAFA tidak mahu menanggung beban membayar gaji dua pemain import, secara tidak langsung boleh menjejaskan kantung persatuan.
“Sekarang kami terpaksa simpan Celin yang mengalami kecederaan, namun dalam masa yang sama kami juga terpaksa membayar gaji L’Imam yang telah mengikat kontrak dengan KAFA.
"Kami memerlukan keputusan segera untuk selesaikan masalah ini."