Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, memberikan pujian kepada skuad bimbingannya yang tidak berputus asa mencari gol kemenangan ketika menewaskan Melaka United di Kuala Terengganu, malam tadi.
Menyifatkan anak-anak buahnya tidak berada di tahap kecergasan terbaik, Irfan juga berkata kemasukan jurulatih baru menyaksikan Melaka beraksi lebih baik berbanding aksi pertama mereka, bulan lalu.
Situasi itu sekali gus menyukarkan Sang Penyu yang beraksi tanpa tonggak berpengaruh, Lee Andrew Tuck, yang digantung perlawanan dengan beberapa peluang terhidang gagal dimanfaatkan.
"Pemain-pemain saya beraksi malam ini (semalam) dalam keadaan letih, sangat letih.
"Sikap mereka wajar dipuji kerana tidak pernah berputus asa dan berusaha mendapatkan gol yang dicari," ujar Irfan.
Mengulas lebih lanjut aksi malam tadi, bekas jurulatih Felda United itu menjelaskan pasukan lawan cukup berdisiplin dan masih mempertaruhkan sehingga 10 pemain ketika bertahan walaupun ketinggalan satu gol.
Percaturan Irfan memasukkan Ashari Samsudin kemudian membuahkan hasil dengan jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-60 untuk memberikan kemenangan ketiga berturut-turut buat TFC.
"Tiada larian serta gerakan berani menembusi kubu lawan seperti sering dilakukan Lee (Andrew Tuck).
"Kami bersabar dan saya mengarahkan mereka untuk menyerang dari bahagian sayap. Alhamdulillah Ashari (Samsudin) berjaya memecahkan kebuntuan," tambahnya lagi.