Bekas pemain tengah Barcelona, Xavi, memuji Andres Iniesta sebagai pemain yang "unik".
Iniesta, 34, akan mengucapkan selamat tinggal kepada juara LaLiga itu dalam perlawanan akhir musim ini menentang Real Sociedad pada awal pagi Isnin ini.
Pemain tengah bintang itu akan meninggalkan Barca selepas 16 musim, termasuk sembilan kejuaraan LaLiga, enam mahkota Copa del Rey dan empat trofi Liga Juara-Juara Eropah.
Bekas pemain tengah kelab itu, Xavi, memuji dengan menganggap Iniesta mempunyai rekod kerjaya luar biasa di Barca.
"Pemain lain akan kekal dan Barcelona akan terus menang," katanya melalui Marca.
"Sudah jelas bahawa Barcelona akan meneruskannya tetapi pemain seperti dia adalah unik. Iniesta adalah contoh sebagai pemain dan individu."
Iniesta telah membuat 43 penampilan dalam semua pertandingan musim ini.