Penyerang Korea Selatan, Son Heung-min, mengakui perlawanan akhir Liga Europa (UEL) menentang Manchester United akan menjadi peluang terakhirnya untuk memenangi trofi utama bersama Tottenham Hotspur.
Spurs dan United masing-masing menduduki tangga ke-17 dan ke-16 dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL), tetapi mereka akan bertemu di Bilbao untuk merebut kejuaraan Eropah, sekali gus melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) untuk musim hadapan.
The Red Devils semestinya mahu kembali ke saingan tertinggi tersebut, namun keutamaan Spurs adalah untuk menamatkan penantian memenangi trofi.
Kali terakhir Tottenham menjulang piala ialah sejak 17 tahun lalu menewaskan Chelsea dalam final Piala Liga Inggeris (EFL) di bawah kendalian Juande Ramos.
Sejak tiba pada 2015, Son tidak pernah merasai detik kejuaraan dan harus menanggung kemarau penuh derita itu.
Pencapaian terbaik dirinya ialah ketika Spurs tewas dalam final UCL kepada Liverpool pada 2019 dan EFL pada 2021, selain menamatkan saingan liga sebagai naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2016/17.
"Kami tidak tahu apakah akan terjadi pada masa depan.
"Kami mungkin bermain dalam UCL... kami mungkin bermain di final.
"Kami tidak pernah tahu, tetapi peluang yang saya ada sekarang adalah esok.
"Esok adalah aksi akhir, perlawanan akhir UEL.
"Ini mungkin peluang terakhir saya atau mungkin ada peluang lain, tetapi saya hanya mahu menumpukan perhatian pada hari esok, untuk memenangi dan menjulang trofi bersama rakan sepasukan," katanya ketika sidang media sebelum permainan bermula.
Ditanya apakah ertinya menjadi ketua pasukan Tottenham yang memenangi trofi, Son berkata: "Ia akan menjadi sangat istimewa dan akan menjadi detik bersejarah.
“Saya telah berada di sini selama 10 tahun dan saya hanya mahu memenangi trofi, yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun dalam tempoh 10 tahun saya berada di sini.
"Esok akan menjadi hari yang besar untuk kelab.

“It has to be everybody together. I can't wait for the game. The most important thing is that we lift that trophy tomorrow.”
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) May 20, 2025
Our captain ? pic.twitter.com/GgfHMNfyXm