Skip to main content

Bola Sepak

Ibrahimovic sememangnya bukan rasialis -- Pioli

zlatan-ibrahimovic_.jpg
Ketua jurulatih Milan, Stefano Pioli, menegaskan Zlatan Ibrahimovic 'pastinya bukan seorang yang bersifat rasialis' tetapi berasakan pergaduhan antara pemain itu dengan Romelu Lukaku dapat menghidupkan semula prestasi terbaiknya. 

Ibrahimovic dilayang kad merah selepas meledak gol pembukaan ketika Rossoneri tewas 2-1 dalam aksi Coppa Italia dengan Inter. 

Penyerang veteran itu meraih dua kad kuning selepas bergaduh dengan bekas rakan sepasukan di Manchester United, Lukaku dengan berkata 'Minta ibu kamu buat sihir voodoo, anak keldai'.



Apa yang diperkata oleh Ibrahimovic merujuk kepada komen yang dibuat pada tahun 2018 oleh pemegang saham majoriti Everton, Farhad Moshiri, yang mengatakan Lukaku telah menolak kontrak jangka masa panjang kerana 'mesej voodoo' yang menyuruhnya untuk berpindah ke Chelsea -- perpindahan yang tidak berlaku.

Ada yang menuduh Ibrahimovic bertindak rasis terhadap Lukaku, dengan pemain kelahiran Swede itu berkata, "Dalam dunia ZLATAN, tiada ruang untuk RASISME." Pemain tengah United, Paul Pogba, turut menyatakan tentang bekas rakan sepasukannya itu adalah 'orang terakhir yang boleh difikirkannya adalah rasis'. 

Ibrahimovic digantung satu perlawanan kerana kad merah tetapi Pioli berharap batasan dapat digariskan berikutan insiden tersebut supaya Milan kembali fokus kepada Serie A.
 

"Ibrahimovic sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik," kata Pioli menjelang pertemuan dengan Bologna. "Sesetengah perkara hanya berlaku di atas padang, saya tidak akan menegakkan hal ini tetapi batasan perlu digariskan selepas insiden tersebut.

"Ibra sememangnya bukan seorang yang rasis; kelab ini sentiasa mahu mencegah isu tersebut. Zlatan memerlukan situasi itu bagi menghidupkan semula tenaga dan motivasinya." 

Advertisement

Must Watch Video