Janne Andersson menegaskan gaya pasukan England ketika ini jauh berbeza berbanding aksi ketika dia membesar sebagai remaja dengan menontonnya di kaca televisyen.
Jurulatih Sweden itu berhadapan dengan sidang media hari ini menjelang aksi suku akhir Piala Dunia 2018 menentang pasukan bimbingan Gareth Southgate itu yang menyingkirkan Colombia menerusi penentuan penalti dalam pusingan 16.
Selepas lolos dari Kumpulan F, Sweden mengalahkan Switzerland 1-0 dalam pusingan kedua hasil tendangan Emil Forsberg di Samara tempoh hari yang menyaksikan mereka menempah tempat ke separuh akhir dalam tempoh 24 tahun.
Kedua-dua pasukan bukanlah asing apabila telah bertemu sebanyak tiga kali dalam pusingan akhir kejohanan utama pada alaf baru -- kemenangan England dalam Euro 2012 sebelum seri dalam Piala Dunia 2002 dan 2006 -- dan Andersson mendedahkan bagaimana hujung minggu pada zaman mudanya dihabiskan untuk menonton perlawanan besar membabitkan Liga Perdana.
"Saya boleh bercakap mengenainya dalam tempoh yang lama, saya membesar pada zaman 70-an mengikuti bola sepak Inggeris," katanya. "Hanya satu perlawanan ditayangkan di televisyen pada setiap minggu, iaitu pada petang Sabtu.
"Kami menantikan setiap Sabtu dan saya sentiasa menjadi peminat bola sepak Inggeris.
"Saya masih ingat dengan keadaan padang yang berlumpur. Saya membesar dengannya, England merupakan negara kedua saya, jadi ini merupakan perasaan yang luar biasa untuk menghadapi England."
Bagaimanapun, Andersson menolak tanggapan bahawa anak buah Southgate itu akan mengetengahkan corak permainan bola sepak yang serupa dengan era itu.
"Tidak semestinya. Itu bukan cara mereka beraksi pada hari ini," katanya. "Bola sepak Inggeris telah berkembang pesat sepertimana bola sepak Sweden.
"Ia penuh dengan semangat, jiwa dan berjuang. Saya sentiasa menghargainya tetapi ia bukan England yang selalu saya saksikan."
The Three Lions melangkah jauh dengan menghapuskan badi penentuan penalti dengan mengetepikan Colombia di Moscow, Selasa lalu. Lantaran itu, Andersson menganggap mereka sama-sama perlu mengerah kudrat sekiranya ingin melangkah jauh.
"Secara umumnya, saya percaya dengan perincian dan kami telah membuat persiapan untuk menangani masa tambahan dan penentuan penalti," katanya.
"Kami menjalani persiapan ini sebelum aksi terdahulu tetapi kami sentiasa mempunyai pendekatan dan idea tentang siapa yang akan mengambil sepakan penalti."