Keisuke Honda dan Makoto Hasebe mengambil keputusan bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Jepun tersingkir daripada saingan pusingan 16, Piala Dunia.
Skuad Samurai Biru itu mendahului 2-0 dalam perlawanan pusingan kalah mati berdepan Belgium sebelum pasukan Eropah itu melancarkan kebangkitan untuk menang 3-2 menerusi jaringan gol Nacer Chadli pada penghujung permainan.
Honda, yang tidak tampil dalam kesebelasan utama Jepun di Russia tetapi hadir sebagai pemain gantian di Rostov, meletakkan keyakinan terhadap masa depan yang cerah untuk bola sepak Jepun.
"Kami telah menampilkan kebolehan bahawa kami mampu maju dengan bola sepak Jepun," katanya.
"Saya sangat gembira kerana kami memiliki ramai pemain muda yang berkualiti dan sudah tiba masa buat mereka untuk melakar sejarah buat Jepun.
"Ini adalah Piala Dunia terakhir untuk saya. Sejujurnya, saya mahu membawa pasukan mara ke pusingan seterusnya tetapi gagal melaksanakannya. Saya telah mencuba yang terbaik," ujarnya.
Kapten Jepun, Hasebe, juga mengakhiri masanya beraksi untuk skuad kebangsaan selepas 114 penampilan dan pemain tengah Eintracht Frankfurt itu memuji rakan sepasukan yang memberikan sokongan kepadanya.
"Saya mahu memberikan penghargaan kepada rakan sepasukan yang berjuang di samping saya selama 12 tahun sejak 2006 dan kepada seluruh rakyat Jepun yang menyokong kami," kata Hasebe.
"Ia merupakan satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Akhir kata, saya juga penyokong pasukan Jepun, saya akan terus memberikan sokongan kepada mereka pada masa akan datang."
Jepun seterusnya akan membuat persiapan bagi saingan Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).