Skip to main content

Bola Sepak

Helmi ambil masa dua bulan untuk pulihkan semangat

helmi.jpg
Pemain tengah UKM FC, Helmi Hariri Ibrahim, mengambil masa dua bulan untuk memulihkan kembali semangat yang hilang apabila kini hanya mampu berkerusi roda selepas disahkan lumpuh pada Disember tahun lalu.

Helmi disahkan lumpuh dari paras pinggang hingga ke kaki akibat jatuh daripada pokok pada tahun lalu. 

Ternyata, bukan mudah untuk pemain berusia 23 tahun itu menerima hakikat dirinya kini berkerusi roda, lantas terpaksa melupakan karier sebagai pemain bola sepak sebelum musim 2018 bermula.

Namun, sokongan daripada ahli keluarga dan rakan sepasukan berjaya mengembalikan semangatnya untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar tahun akhir jurusan pendidikan sukan. 

"Oleh kerana ahli keluarga dan rakan-rakan sentiasa datang melawat dan memberi sokongan, saya teruskan niat untuk sambung belajar, untuk gagahkan diri. 

"Saya fikir apa yang ada ini, saya akan gunakan seperti tangan. Kaki yang tidak boleh guna, saya biarkan dahulu. Insya-Allah akan baik nanti," ujarnya.

Walaupun tidak lagi bergelar pemain bola sepak, namun Helmi bersyukur apabila pengurusan UKM tidak menamatkan kontraknya bersama pasukan dan sesekali turun ke stadium memberi sokongan kepada mereka.

"Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada jurulatih dan pengurusan. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua, semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun lalu," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video