Bekas pegawai khas presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Hasmawi Hassan, berharap individu yang lebih bertanggungjawab mampu mengambil alih barisan exco sedia ada bagi membersihkan kembali nama persatuan itu berikutan konflik yang berlaku.
Bukan sahaja Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie yang digantung jawatan sebagai presiden perlu dipertanggungjawabkan, namun barisan exco juga antara yang perlu diubah andai ingin membersihkan kembali nama baik PFA.
Kemelut yang melanda skuad Perlis sehingga disingkirkan daripada saingan Liga Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima ekoran sikap pucuk pimpinan PFA sendiri.
Bahkan, perubahan secara menyeluruh dalam pengurusan PFA seharusnya dilakukan selepas ini bagi melantik individu yang mampu menjalankan tugas dengan lebih telus.
"Kami hanya mahukan yang terbaik untuk pasukan. Individu yang lebih telus dan bertanggungjawab dapat dipilih untuk menggalas tugas bagi meningkatkan semula PFA," katanya.
Hasmawi turut memohon maaf atas apa yang berlaku sepanjang tugasnya sebagai pegawai khas dan penasihat sambil menganggap dirinya juga berasa tertipu dan mengharapkan Amizal berani untuk menyelesaikan konflik itu secepat mungkin.
"Sehingga hari ini, saya juga tidak diberikan gaji yang telah dijanjikan. Kepada Amizal, saya berharap beliau keluar dan menyelesaikan perkara ini kerana perbuatannya mampu menghancurkan karier kami," katanya lagi.