Ketua jurulatih bola sepak Malaysia, Kim Pan-gon, menganggap Malaysia kini setaraf dengan pasukan 100 terbaik dunia, selepas skuad Harimau Malaya seri 2-2 dengan Syria dalam perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China semalam.
Pan-gon berkata berdasarkan prestasi dalam perlawanan persahabatan ini, anak buahnya mampu untuk bersaing dengan Syria walaupun pasukan dikenali sebagai Qasioun Eagles itu berada di ranking ke-94 dunia berbanding Harimau Malaya yang kini pada kedudukan ke-136 dunia.
"Secara amnya dalam separuh masa pertama, prestasi kami agak bagus, kami setara untuk melawan dengan pasukan ke-94 dunia.
"Saya rasa ada dua kesilapan yang menghukum kami, namun dalam separuh masa kedua kami tunjukkan ketahanan dan sikap Harimau Malaya, yang mampu mengejar semula permainan dan memberikan tentangan sehingga ke akhirnya,” katanya selepas perlawanan yang berlangsung di Stadium East-Town Football Park di Chendu.
Pada perlawanan itu, dua gol jaringan dua pemain simpanan Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Darren Lok masing-masing dalam separuh masa kedua menafikan harapan Syria untuk menang selepas mendahului 2-dalam pada separuh masa pertama menerusi jaringan Mardek Mrdkian dan Yasin Alsamya.
Sementara itu Pan-gon menyatakan bahawa mengejar semula selepas ketinggalan dua gol merupakan suatu yang amat penting kerana ia boleh meningkatkan keyakinan pemain untuk berhadapan tekanan ketika ketinggalan.
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 54 tahun itu berkata, beliau akan meneruskan ujian taktikal ketika bertemu China, dalam satu lagi perlawanan antarabangsa Tier 1 Sabtu ini, bagi melihat keupayaan skuad kebangsaan apabila berhadapan dengan lawan yang kuat.
"Kami nak uji beberapa cara taktikal dan juga merasai kekuatan pasukan yang berkedudukan ke-80 dunia. Kami mahu tahu kedudukan kami, jadi kami akan berterusan menyerang mereka, saya rasa kami perlu bermain agresif dan memberikan cabaran. Kami perlu lakukan yang terbaik untuk menyerang dan cuba untuk menang,” katanya.
Kredit: Sinar Harian