Skip to main content

Bola Sepak

Hadi perkuat skuad B-19 negara

hadi.jpg
Skuad B-19 negara mendapat tonik tambahan untuk menghadapi tiga perlawanan persahabatan di Bangkok, Thailand apabila bintang muda negara Hadi Fayyadh Abdul Razak, mendapat pelepasan untuk memperkuat pasukan.

Hadi melaporkan diri bersama skuad B-19 negara Sabtu lalu bersama Sharul Nizam Zainal daripada skuad Piala Presiden Selangor.

Terdahulu, penyerang berusia 18 tahun itu sekadar dalam senarai bersedia kerana terikat dengan komitmen bersama kelabnya, Johor Darul Ta'zim (JDT) II.

Terlepas beberapa sesi latihan sejak 20 Mei lalu, Hadi bagaimanapun tetap menjadi pertaruhan skuad muda negara di Bangkok nanti.

"Untuk mempertingkatkan mutu permainan, anda perlu bermain dalam aksi yang sukar dan kehadiran Hadi adalah sangat baik buat pasukan kerana pengalaman yang diraih bersama JDT II," kata jurulatih skuad B-19 negara, Bojan Hodak.

Kehadiran Hadi menyaksikan dirinya sebagai tonggak yang masih tidak terlepas menyertai kem latihan pasukan ini berbanding pemain utama lain seperti Akhyar Rashid dan Nik Akif Syahiran Nik Mat sejak tahun lalu.

Ini sedikit-sebanyak membantu pasukan dalam aspek persediaan menghadapi Kejohanan AFF B-19, Julai ini.

"Saya gembira dipanggil untuk menyertai skuad B-19 menghadapi saingan di Bangkok serta Kejohanan AFF B-19 nanti. Saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk pasukan," kata Hadi.
 

Advertisement

Must Watch Video