Pemain Manchester City, Ilkay Gundogan, percaya sikap pengendali yang terlalu berjaga-jaga menjadi penyebab utama Bundesliga memiliki persaingan sengit.
Gundogan, yang hampir menamatkan musim kedua dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), merupakan sebahagian daripada pasukan Borussia Dortmund ketika muncul juara Jerman pada musim 2011-12 di bawah kendalian Jurgen Klopp.
Bayern Munich sejak itu menampilkan aksi yang konsisten dengan mendominasi liga enam kali berturut-turut buat kali pertama dalam sejarah.
Thomas Muller kecewa dengan jurang di antara Bayern dan pasukan lain dan kebimbangannya itu turut dirasai Gundogan, yang menyatakan bahawa permainan hantaran jauh dilihat sebagai jalan selamat.
"Apa yang saya raih ketika beraksi di bawah kendalian Pep Guardiola adalah pasukan berusaha mencari jalan penyelesaian," katanya.
"Sebaik tekanan menjadi satu halangan (dalam saingan Bundesliga), bola mula dihantar jauh ke hadapan.
"Pemain-pemain setiap pasukan cuba mengikut arahan jurulatih dan mereka seharusnya mencari jalan
"Pendidikan kejurulatihan di Jerman sangat baik tetapi saya tidak memahami mengapa mereka tidak memiliki keberanian untuk menerapkan corak permainan yang berbeza apabila tewas dua atau tiga kali," tambahnya.