MANCHESTER CITY 2 LEICESTER CITY 1
Pep Guardiola memuji pengadil perlawanan, Bobby Madley, kerana tidak membenarkan jaringan Riyad Mahrez ketika Manchester City meraih kemenangan 2-1 ke atas Leicester City, semalam.
Mahrez mengambil sepakan penalti dalam separuh masa kedua tetapi sepakannya dibatalkan, sebaliknya sepakan percuma diberikan kepada pasukan tuan rumah selepas pemain Algeria itu secara tidak sengaja melakukan dua sentuhan kepada bola sebelum ia menerjah menembusi gawang gol City.
Guardiola memuji pegawai perlawanan kerana dapat mengenal pasti kesilapan tersebut dan menggunakan undang-undang dengan betul.
"Tahniah. Ia merupakan kali pertama atau kedua saya melihatnya berlaku. Kami perlu sentiasa melihat keadaan buat kami.
Pengendali Leicester, Craig Shakespeare, bersetuju dengan keputusan tersebut tetapi berasakan sepakan penalti tersebut seharusnya dibenarkan untuk diambil semula.
"Bola telah disentuh dua kali tetapi pengadil perlawanan seharusnya membenarkan kami mengambilnya semula," kata Shakespeare.
Insiden itu bukan satu-satunya kontroversi yang tercetus dalam perlawanan itu, malah gol pembukaan City yang dijaringkan oleh David Silva juga seharusnya dibatalkan apabila Raheem Sterling berada dalam kedudukan ofsaid.
Tetapi Guardiola tidak melihat sebarang masalah terhadap jaringan pemain kebangsaan Sepanyol itu.
"Saya tidak tahu sama ada Sterling menyentuh bola tersebut. Pengadil tidak membincangkan mengenainya. Dia berada di pejabat beliau, anda boleh pergi bertanyakan kepadanya.
Namun, Shakespeare menegaskan keputusan ofsaid perlu diberikan kerana Sterling bergerak ketika di dalam kawasan tersebut walaupun tidak menyentuh bola.
"Ia adalah keputusan ofsaid pada saya. Dia cuba menghalang pergerakan Christian Fuchs.
Keputusan ini meletakkan City di tangga ketiga dan mereka hanya memerlukan empat mata dalam perlawanan berdepan West Brom dan Watford untuk kekal beraksi di pentas Liga Juara-Juara (UCL), musim hadapan.