Pertahanan Liverpool, Joe Gomez, bakal terlepas aksi final Liga Juara-Juara (UCL) dan Piala Dunia selepas menjalani pembedahan buku lali.
Pemain berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan ketika seri tanpa jaringan dengan Stoke City dan masalah itu memaksa dia terlepas berdepan Real Madrid di Kiev pada 26 Mei ini.
Dia juga bakal diketepikan oleh Gareth Southgate bagi menghadapi Piala Dunia di Russia.
Kecederaan itu ternyata merencatkan kariernya selepas mengalami kecederaan ligamen lutut musim lalu.
Dia disertai oleh rakan senegaranya, Alex Oxlade-Chamberlain, manakala Emre Can masih lagi belum mendapatkan kepastian sama ada bakal tampil untuk aksi berdepan Real kerana mengalami kecederaan belakang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Liverpool, Gomez akan mengambil bahagian dalam persiapan pra-musim Liverpool pada Julai ini.