BRIGHTON & HOVE ALBION 1 CHELSEA 1
Gol akrobatik Alireza Jahanbakhsh pada lewat permainan membantu Brighton and Hove Albion mengikat Chelsea 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti The American Express sebentar tadi.
Pemain sayap Iran itu menamatkan penantian jaringan pertamanya bersama Brighton ketika menentang Bournemouth, Sabtu lalu -- meraikannya dengan tangisan kegembiraan -- dan jaringan keduanya tidak memerlukan penantian yang panjang apabila disudahkan dengan gaya paling gemilang untuk membuka tahun 2020.
Chelsea seakan-akan mudah untuk memperoleh kemenangan ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana selepas jaringan awal Cesar Azpilicueta, namun gagal menambah kelebihan itu walaupun lebih banyak menguasai permainan.
Bagaimanapun, Jahanbakhsh muncul untuk menjaringkan gol akrobatik pada enam minit terakhir bagi mengejutkan skuad kendalian Frank Lampard itu.
Editor: Muzaffar Musa