Skip to main content

Bola Sepak

Gattuso mahu Silva rebut peluang

andre-silva.jpg
Gennaro Gattuso mencabar Andre Silva supaya bekerja lebih keras untuk mendapatkan peluang dalam kesebelasan utama AC Milan.

Pemain kebangsaan Portugal itu berhijrah dari Porto, Jun lalu, tetapi bergelut mendapatkan sentuhan terbaik dalam musim pertama di Itali apabila sekadar menjaringkan dua gol dalam 23 penampilan Serie A.

Silva hanya tampil dalam kesebelasan utama tiga kali, dengan Nikola Kalinic dan pemain muda, Patrick Cutrone, menjadi pilihan ketua jurulatih, Gattuso.

Gattuso menegaskan beliau dapat melihat potensi dalam pemain berusia 22 tahun itu tetapi menjelaskan bakat saja tidak mencukupi.

"Anda semua tahu apa yang saya fikirkan tentang Silva," katanya. 

"Dia memilik bakat dan teknik tetapi dalam masa sama, dia perlu meningkatkan mutu permainannya.

"Apabila saya memberikan peluang, dia perlu menggunakannya sebaik mungkin. Bakatnya memang tidak dinafikan tetapi dia perlu melakukan lebih lagi.

Milan bakal berdepan Atalanta dalam memastikan mereka layak ke saingan Liga Europa (UEL) musim depan.

Keputusan yang positif juga akan melenyapkan mimpi ngeri mereka apabila tewas 4-0 di tangan Juventus dalam aksi final Coppa Italia.
 

Advertisement

Must Watch Video