Skip to main content

Bola Sepak

Gattuso gesa agar Milan lebih bernafsu musim depan

gennarogatusso-cropped_10z891iobpe9116b0dvv3ddaaz.jpg
AC MILAN 5 FIORENTINA 1

Jurulatih AC Milan, Gennaro Gattuso, berkata pasukannya agak kurang bernafsu ketika dia menggariskan matlamatnya untuk musim depan sekalipun meraih kemenangan 5-1 ke atas Fiorentina dalam perlawanan terakhir di San Siro, awal pagi tadi.


Jaringan daripada Hakan Calhanoglu, Nikola Kalinic, Giacomo Bonaventura dan dua gol Patrick Cutrone memastikan tempat Milan dalam Liga Europa musim depan dan memberikan peluang untuk San Siro meraikan musim yang tidak menentunya.

Gattuso memuji perubahan kelab dan dia memberi penghormatan kepada pemainnya selepas mereka menghasilkan aksi bertenaga.

"Saya perlu berterima kasih kepada pasukan ini, yang ada saat-saat sangat sukar," kata Gattuso kepada Sky Sport. "Saya mendapati beberapa pemain memberikan komitmen. Selama lima bulan saya berusaha tetapi tiada siapa yang gagal menghormati saya, jadi saya bernasib baik.

"Kami mempunyai rancangan tetapi tanpa komitmen mereka, ia tidak berguna. Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada mereka," katanya.

Pemulihan Milan pada 2017-18 terlewat untuk memburu tempat keempat dalam Serie A dan Gattuso menyatakan harapan dan hasratnya pada masa depan.

"Kami mesti belajar bermain dengan agresif, sedikit bernafsu, gunakan pengalaman," kata Gattuso.

"Asas pasukan sudah ada. Kami perlu mengukuhkannya dan lihat apa yang dapat kami lakukan untuk memperbaiki pemain kami," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video