Skip to main content

Bola Sepak

Garcia jalani pembedahan jantung

raulgarcia.jpg
Pemain Athletic Bilbao, Raul Garcia, menjalani pembedahan jantung bagi memperbetulkan masalah ritma denyutan jantungnya.

Kelab telah mengesahkan pemain tengah berusia 31 tahun itu menjalani pembedahan tersebut di Klinik IMQ Zorrotzaurre, Isnin lalu.

Garcia, yang bersama kelab itu sejak 2015, dijangka tidak mengalami sebarang masalah tetapi bakal terlepas baki saingan musim ini.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu telah beraksi dalam 48 perlawanan musim ini, termasuk menjaringkan 14 gol.
 

Advertisement

Must Watch Video