Skip to main content

Bola Sepak

Florenzi beralih angin ke Valencia

florenzi.jpg
Kapten Roma, Alessandro Florenzi, bersetuju untuk menyertai kelab LaLiga, Valencia, secara pinjaman sehingga akhir musim ini. 

Florenzi, yang bakatnya digilap menerusi akademi kelab itu, mula kerap membarisi pasukan berkenaan sejak 2012-13.

Setelah diberi kesempatan beraksi sebagai pemain tengah, Florenzi sering dikerah di bahagian pertahanan kanan ketika mewakili kelab itu mahupun negara yang menyaksikannya telah melakukan 35 penampilan bersama Itali.

Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu kurang mendapat perhatian pengurus, Paulo Fonseca, pada musim ini apabila hanya berpeluang beraksi dalam 14 perlawanan Serie A, termasuk 12 kali dalam kesebelasan utama. 

Valencia mengesahkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan Roma untuk menandatangani Florenzi secara pinjaman sepanjang baki musim ini.

Los Ches menduduki tempat ketujuh dalam LaLiga, empat mata di belakang pasukan di tangga ketiga, Sevilla.



Editor: Shaiful Shamsudin        
 

Advertisement

Must Watch Video