Hansi Flick menuntut Barcelona agar menggunakan pendekatan menyerang terus dalam musim pertamanya sebagai pengurus sambil berikrar tidak mengorbankan prinsip tiki-taka Blaugrana.
Bekas bos Bayern Munich dan Jerman itu dinamakan sebagai pengganti Xavi pada Mei lalu selepas Barca menamatkan saingan di tempat kedua LaLiga -- jauh di belakang Real Madrid.
Skuad Bayern kendalian Flick pula terkenal dengan pendekatan agresif mereka di dalam dan di luar penguasaan bola yang pernah membantu mereka meraih gelaran berganda, Bundesliga dan Liga Juara-Juara, pada 2019-20.
Barca secara tradisinya mempertahankan DNA yang diterapkan Johan Cruyff dan Pep Guardiola berdasarkan pendekatan ketika membina serangan, namun Flick bercadang mengetengahkan beberapa perubahan.
"Di sini tradisinya adalah bermain melibatkan hantaran tetapi saya juga mahu mereka terus menuju ke gawang. Mereka harus lebih fokus untuk menjaringkan gol," katanya kepada Barca One.
"Saya tidak fikir gaya saya mempunyai sebarang perubahan besar. Saya sedang mencari keseimbangan untuk memberi tekanan tinggi dan bermain di bahagian tengah lawan.
"Apa pun anda perlu menang. Segala-galanya adalah mengenai memenangi perlawanan dan di Barca, anda perlu beraksi dengan baik.
"Apa yang boleh saya katakan ialah kami mahu menjadi pasukan yang aktif. Kami perlu aktif dengan dan tanpa bola. Terpulang kepada kami untuk menjadikannya seperti itu.
“Kami boleh membuat lawan pergi ke arah yang kami hajati dan kembali memenangi bola secepat mungkin.
"Saya gemar jika pasukan saya menekan lawan pada masa yang tepat dan adakalanya lebih tinggi. Dengan bola, semua pemain perlu mempunyai kebebasan sebanyak mungkin. Begitulah saya melihatnya dari sudut teknikal."

?️ ????????? ???? ????? ?????!
— FC Barcelona (@FCBarcelona) July 22, 2024
Available now on @BarcaOneFCB