Perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia 2024/25 tampak menjadi pentas istimewa buat ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa.
Dalam sidang media praperlawanan hari ini, pemain warisan negara itu memberi bayangan mengenai masa depannya ketika usianya menjangkau 39 tahun Jun depan.
Dihimpit dengan kecederaan, Natxo hanya sempat beraksi satu perlawanan dalam kempen Piala Malaysia musim ini.
Lantas, pertemuan menentang Sri Pahang pastinya pastinya mahu dijadikan aksi terbaiknya sepanjang karier dalam Liga Malaysia (Liga-M).
"Yang pertama, saya mahu menikmati (perlawanan) dan kemudian sudah tentu menjuarainya.
"Pada usia sebegini, setiap sesi latihan harian barangkali boleh jadi yang terakhir.
"Begitulah kerana dalam bola sepak pasti ada pengakhirannya, ada tempohnya, ada hadnya tapi amat menikmatinya serta masih mempunyai tenaga untuk
"Setiap perlawanan menjadi istimewa buat saya atas sebab adakah saya boleh terus beraksi atau berlatih lagi.
"Tetapi ia menjadi suntikan motivasi untuk saya mencurahkan 100 peratus," katanya.