Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala FA: KL City nafi ada tunggakan gaji pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bojan-hodak-kl-city-fa-cup-final.jpg
Khabar angin berhubung tunggakan gaji selama tiga bulan dihadapi pemain-pemain skuad Kuala Lumpur City FC (KL City FC) adalah tidak benar.

Menurut pengendali The City Boys, Bojan Hodak, perkara sebenar yang berlaku hanyalah melibatkan sedikit kelewatan gaji.

"Perkara ini tidak benar. Hanya berlaku sedikit kelewatan sahaja dan ia tidak menjejaskan langsung persiapan kami.

"Malah, saya juga percaya kesemua pemain akan memberikan 100 peratus apabila beraksi nanti.

"Kesemua pemain bersikap profesional dan nampak bersemangat untuk beraksi dalam final ketiga berturut-turut mereka dalam tempoh tiga tahun," katanya dalam sidang media sebelum perlawanan final Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim FC (JDT) malam esok.

Untuk rekod, KL City FC menewaskan JDT 2-0 dalam final Piala Malaysia 2021 sebelum tewas 0-3 kepada kelab Al Seeb dalam final Piala AFC 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, Hodak mengakui lawan yang bakal ditemui di pentas final Piala FA 2023 itu merupakan pasukan terbaik dalam negara dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, skuad Harimau Selatan itu bukan sahaja dibarisi pemain import yang berkualiti, malah dipenuhi pemain tempatan yang berkaliber.

"Dalam 17 perlawanan Liga Super, JDT belum lagi tewas dan ini membuktikan mereka adalah pasukan terbaik di Malaysia.

"Reputasi ini pasti memberikan tekanan terhadap pasukan itu berbanding kami, yang turun selaku pasukan `underdog' (bukan pilihan)," katanya.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Must Watch Video