Seramai 750 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi perlawanan akhir Piala FA di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri pada Sabtu ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata anggota dan pegawai polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium bagi memastikan aksi kedua-dua pasukan itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden.
“Polis akan bekerjasama dengan pihak stadium. Seramai 750 pegawai dan anggota akan bertugas bagi pastikan kelancaran keluar masuk dan tidak berlaku perkara-perkara tidak diingini.
“Saya minta penyokong patuhilah peraturan dan arahan polis yang akan kami laksanakan pada hari berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Kamarul Zaman turut menasihati kedua-dua penyokong supaya tidak membawa barangan yang dilarang untuk memasuki stadium yang boleh mengganggu keselamatan.
Kredit: Sinar Harian