Pengendali Felda United, B. Sathianathan, mahu anak buahnya sentiasa berwaspada dan tidak mengambil mudah cabaran pihak lawan walaupun menentang pasukan tangga tercorot Liga Perdana musim ini.
Baginya, kelekaan itu mampu menghukum skuad The Fighters yang kini mengungguli takhta liga dengan rekod tanpa kalah sepanjang pusingan pertama berlangsung.
"Kita telah mengharungi 18 perlawanan, termasuk perlawanan persahabatan, sejak awal musim Liga Premier dengan keputusannya kita hanya kalah sekali.
"Jadi, saya mahu mengingatkan pemain supaya lebih berjaga-jaga dan jangan ambil mudah setiap perlawanan yang kita harungi kerana ia boleh membawa padah.
"Sebagaimana aksi malam ini yang menyaksikan Felda United menang 2-0 ke atas UiTM FC, kita nampaknya agak memandang mudah kebolehan pihak lawan pada separuh masa pertama sehingga membenarkan mereka menguasai perlawanan," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Namun, Sathianathan juga bersyukur kerana pasukan bimbingannya 'tersedar' dalam separuh masa kedua dan kembali kepada corak permainan Felda United yang sebenar.
"Babak kedua menyaksikan kita akhirnya berjaya capai tahap prestasi Felda United yang sebenar dengan menguasai perlawanan dan mencipta dua jaringan untuk mengutip tiga mata penuh.
"Cuma, apa yang saya perhatikan kebanyakan pasukan dalam Liga Premier musim ini prestasinya akan meningkat apabila bertemu Felda United.
"Mungkin sebab mereka nekad untuk mencatat kemenangan ke atas kami yang memiliki rekod tanpa kalah tetapi apabila berjumpa pasukan lain yang lebih lemah, mereka kadangkala tewas," katanya.
Sementara itu, pengendali UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail, memuji persembahan anak buahnya meskipun tewas di gelanggang lawan.
"Kami berupaya menguasai permainan pada separuh pertama dan melakukan banyak percubaan. Namun, apabila gagal menghasilkan gol, ia tidak berguna. Felda United kemudiannya bangkit pada separuh masa kedua dan menghukum kami dengan dua jaringan."