Skip to main content

Bola Sepak

Felda kukuhkan cengkaman di takhta Liga Perdana

felda.jpg
FELDA UNITED 1 SABAH 0

Felda United terus melebarkan penguasaannya selepas menewaskan Sabah 1-0 dalam perlawanan tunggal Liga Perdana di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, sebentar tadi.


Tuan rumah meraih jaringan menerusi Wan Zack Haikal Wan Noor pada masa tambahan separuh masa pertama.

Walaupun menerima asakan pelawat dalam babak berikutnya, Felda berjaya mengekalkan kelebihan itu untuk memastikan tiga mata berpihak kepada mereka.

Kemenangan itu membolehkan mereka mengumpul 35 mata, lapan mata di atas pesaing terdekat, Felcra FC, yang menghimpun 27 mata selepas mengharungi 14 perlawanan.

Felda mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan berturut-turut selepas tewas 3-0 buat kali pertama kepada MISC-MIFA pada 12 Mei lalu.

Skuad B. Sathianathan itu juga setakat ini hanya meraih dua keputusan seri.

Sementara itu, Sabah di bawah bimbingan Jelius Ating kekal berada di tangga keempat dengan mengumpul 21 mata.
 

Advertisement

Must Watch Video