Skip to main content

Bola Sepak

FAS berpindah ke pejabat baru

bangunan-fas.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal, membawa khabar gembira dengan pertukaran pejabat baru FAS dalam baki sebulan beliau masih bergelar presiden.

Ini bagi menggantikan bangunan lama FAS di Kelana Jaya yang sudah uzur selain tidak berada dalam keadaan yang baik.

Subahan bakal melepaskan jawatan presiden pada 3 Julai depan sejak memainkan peranan tersebut 21 bulan lalu dengan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, dipilih sebagai pengganti.

Proses peralihan kuasa itu akan berlangsung dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang akan diadakan pada 3 Julai depan dengan hanya melibatkan jawatan presiden.

"Kami tiada pejabat, bangunan. Kami macam menumpang sahaja dengan keadaan pejabat yang begitu menyedihkan dan daif. Bila hujan sahaja, pejabat menjadi banjir.

"Alhamdulillah, kami mendapatkan ofis baru yang terletak di belakang bangunan ini.

"Dalam beberapa hari lagi, kami akan membayar deposit (untuk premis baru) dan selepas tiga bulan perjanjian ditandatangani, FAS akan memiliki bangunan empat tingkat yang baru," kata Subahan.

Advertisement

Must Watch Video